Saturday, July 25, 2009 at 8:46 PM | 0 comments  
Diceritakan di Hari Pembalasan kelak, ada seorang hamba Allah sedang diadili. Ia dituduh bersalah, mensia-siakan umurnya di dunia untuk berbuat maksiat. Tetapi ia berkeras membantah.

"Tidak. Demi langit dan bumi sungguh tidak benar. Saya tidak melakukan semua itu."

"Tetapi saksi-saksi mengatakan engkau betul-betul telah menjerumuskan dirimu sendiri ke dalam dosa," jawab malaikat.

Orang itu menoleh ke kiri dan ke kanan, lalu ke segenap penjuru. Tetapi anehnya, ia tidak menjumpai seorang saksi pun yang sedang berdiri. Di situ hanya ada dia sendirian. Makanya ia pun menyanggah,

"Manakah saksi-saksi yang kau maksudkan? Disini tidak ada siapa kecuali aku dan suaramu."

"Inilah saksi-saksi itu," ujar malaikat.

Tiba-tiba mata angkat bicara, "Saya yang memandangi."

Disusuli oleh telinga, "Saya yang mendengarkan. "

Hidung pun tidak ketinggalan, "Saya yang mencium."

Bibir mengaku, "Saya yang merayu."

Lidah menambah, "Saya yang mengisap."

Tangan meneruskan, "Saya yang meraba dan meramas."

Kaki menyusul, "Saya yang dipakai lari ketika ketahuan."

"Nah kalau kubiarkan, seluruh anggota tubuhmu akan memberikan kesaksian tentang perbuatan aibmu itu", ucap malaikat.

Orang tersebut tidak dapat membuka sanggahannya lagi. Ia putus asa dan amat berduka, sebab sebentar lagi bakal dimasukkan ke dalam jahanam. Padahal rasa-rasanya ia telah terbebas dari tuduhan dosa itu. Tatkala ia sedang dilanda kesedihan itu, sekonyong-konyong terdengar suara yg amat lembut dari selembar bulu matanya:

"Saya pun ingin juga mengangkat sumpah sebagai saksi."

"Silakan", kata malaikat.

"Terus terang saja, menjelang ajalnya, pada suatu tengah malam yg lengang, aku pernah dibasahinya dengan air mata ketika ia sedang menangis menyesali perbuatan buruknya. Bukankah nabinya pernah berjanji, bahawa apabila ada seorang hamba kemudian bertaubat, walaupun selembar bulu matanya saja yang terbasahi air matanya, namun sudah diharamkan dirinya dari ancaman api neraka? Maka saya, selembar bulu matanya, berani tampil sebagai saksi bahawa ia telah melakukan taubat sampai membasahi saya dengan air mata penyesalan."

Dengan kesaksian selembar bulu mata itu, orang tersebut di bebaskan dari neraka dan dihantarkan ke syurga. Sampai terdengar suara bergaung kepada para penghuni syurga:

"Lihatlah, Hamba Tuhan ini masuk syurga karena pertolongan selembar bulu mata."
Posted by cutekatak Labels:
salam... hye blogie..sorry la sebab dah lama membiarkan blog saya ni bersawang...ehheheh sebenarnya tiap2 hari saya bukak blog..tapi xde idea nk tulis... ni saya menulis sebab sedih sgt dah membiarkan blog tersayang ni bersawang...[ memang senang nk bersawang dah memang ade spider..hehehe] hehehehe
uhuhuhuhh mesti semua pelik kan ngan title kali ni..heheh mari mari saya describe kan kenapa..heheheh
begini ceritanya...heheh saya cuma pelik dan hairan kepada mereka2 yang suka berckp sebelum tahu benda tu benar atau tidak...[ maen redah je nk ckp ape] suka suki je..sedang kan mereka x pernah pun mengalami situasi itu...e.g mcm pemain badminton malaysia...yang maen berhempas pulas sebab nk harumkan nama negara..n tetiba masa game tu dia kalah...so mereka2 yang menonton tanpa rasa bersalah pun akan mengutuk pemain tersebut .." apalah, maen macm pondan.mcm mana nk menang..." "memang bodoh...mcm tu pun leh kalah".

kadang2 saya yang dgr mereka berkata sebegitu geram je nk ckp " dah kalau korang hebat sgt nape x korang je yang wakil Malaysia g maen"... tp memikirkan sensitivity..saya pun hanya menyimpan di sudut hati kecil saya ini[ wah..wah bunyi cam sedih je]
xde la saya bukannya apa...try korang duduk di position diorang...diorg dah cuba sedaya upaya tp dah naseb x menentukan mereka menang nk buat cane...

ade jgk yang spesis suka kutuk2 pemimpin...saya bukan nya nk membela pemimpin ke apa ..x kira la penimpin tu dari tahap mana pun..sekolah ke , kolej ke,negara ke....tp kadang2 kita sebagai rakyat ni x nampak apa yang diorg perjuangkan untuk kita [ tp bila nampak mengutuk jugak konon nya nk publisiti la apa la... ni la mentaliti org kita] ..tp bersyukurlah wahai kawan2 juga rakyat malaysia diatas siapa pun jua pemimpin kita..sebenarnya untuk menjadi penimpin ni amatla sukar...bayangkanboleh ke seorg penimpin nk puaskan hati semua rakyat nya??? itu benda yang amat mustahil kan???mesti akan ade yang xkan berpuas hati...huuhuuhuh.
ni la dinamakan manusia og manusia....huuhhuhuhu nk buat mcm mana masing2 ada pendirian masing2 kan... so bak kata nabil...LU pikir la sendiri.... hehehhe
ok la...dah bnyk da saya melalut...hehhehe laen kali saya tulis lagi..ok daa..
-adios-

Posted by cutekatak
Visit the Site
MARVEL and SPIDER-MAN: TM & 2007 Marvel Characters, Inc. Motion Picture © 2007 Columbia Pictures Industries, Inc. All Rights Reserved. 2007 Sony Pictures Digital Inc. All rights reserved. blogger template by blog forum